4Feb2011 SIMPLYLIFEISGOOD.BLOGSPOT.COM ADALAH ALAMAT LAMA UNTUK BLOG MYLS4U.BLOGSPOT.COM..
..HARAP MAKLUM...

...29 Oct 2015....
'Hai..saya disini
No Title for now
No Title
Sebarang artikel mahupun apa apa objek yang diposkan di dalam blog ini adalah hak milik penuh Myls4u...namun begitu sebarang artikel dari luar yang di kongsikan dalam blog ini adalah hak milik kepada 'link' kredit yang myls4u letakkan pada artikel tersebut....


Halaman

PitaPata Cat tickers
Doumo arigato gozaimasu,mata kite kudasai...=(^_^)=

Isnin, 2 November 2015

My Sonnet 13..Seorang Guru..





Ku pandang langit yang menyelimuti alam
Terpancar satu rasa kepuasan hati
Melihat segenggam ijazah di tanganku
Aku mengucap syukur kepada illahi

Kini ku akan berbakti pada semua
Aku akan cuba lakukan yang terbaik
Akan aku didik anak warisan bangsa
Untuk menjadi pelapis pada Negara

Akan ku sampaikan ilmu pada semua
Kita juga punya warna darah yg sama
Mari  bersatu teguh untuk satu misi
Menjadi pelapis Negara yang berguna

Menjadi Seorang guru sangat mulia
Menyampaikan Ilmu yg menyinari hidup
Yang akan memangkin kekuatan empayar
Untuk membentuk generasi berwawasan

Ahad, 1 November 2015

Indahnya bumi ciptaan tuhan



Assalam…..

Bersama sama kita melangkah
Menuju mencari sinar mentari
Menyuluh seluruh pelusuk alam
Menghayati keindahan yg diberi

Warna keemasan jelas terpancar
Sungguh indah sejauh pandangan
Latar hijau yang terbentang luas
Menjadi tirai yang menghiasi bumi

Ku masih meneruskan langkah
Embun pagi yang menyamankan
Bak kilauan mutiara yg bersinar
Menjadi manik manik perhiasan

Ku teruskan langkah yg tersisa
Melihat si dia yg menjadi teman
Menjadi inspirasi buat hidupku
Menjadi seorang isteri yg setia

Kami meneruskan langkah bersama
Melihat aliran air sungai yg jernih
Memainkan  alunan melodi  indah
Dan unggas yg menjadi penyair rimba

Walaupun merasa lelah dan penat
Ia tidak menjadi pematah semangat
Untuk mengatakan bahawa betapa
Sangat indahnya bumi ciptaan tuhan

Sabtu, 31 Oktober 2015

Makna di sebalik NickName ku



Kyurukei…Darkriez dan juga Kayrule_espada..antara nix yg bnyak aku guna dlm dunia internet..masing ada sejarah tersendiri…nix yg erawal aku guna adalah kayrule..asal dari perkataan Khairul…kay =khai rule=rul…pastu  kayrule_fm…asal nama ni aku ikut dr seorg blogger mblog..Nabila_FM…so aku ciplak _FM tu…jadi la kayrule_fm.....pastu jdi kayrule_espada…espada ni perkataan yg digunakan dlm bleach…aku minat char ulquiorra…..pastu jadi Darkriez arena..arena ni perkataan dari sekeping or sehelai beg plastic tertulis perkataan D’arena..so lekat la sekejap Khairul D’arena..dan ada dekat2 ngan nama budak yg aku suka tu….dari perkataan D’arena aku pecahkan jadi Darkriez Arena…Dark riez tu dark =kegelapan atau hitam…riez tu iris (bunga iris)…aku ringkaskan jd riez je…ambek yg hujung..so jadi la darkriez ..bunga iris hitam (mmg bunga iris tu hitam pun)....so bila digabungkan jadi Dark Iris Arena (Darkriez Arena).…Kawasan Iris hitam…menjurus pada ala2 goth gitu..hahaha…sampai la akhirnya aku ringkas jadi darkriez je…

KyuruKei ni masih baru lg aku guna..baru 3 tahun macam tu…terjadi masa aku tgh belajar sikit2 bahasa jepun..masuk page2 yg ada buat perbincangan tentang belajar bahasa jepun..aku request nama aku untuk dijepunkan..ada sorg member dlm grup sajes khairul tukar jadi kyuru..kei  tu aku yg tambah…sbb kalau boleh perkataan kay ni aku nak guna balik….Cuma kalau jadi kyurukay..mcm bnyak sgt y kat situ..so aku ubah jd kei..masih sama dr sebutan…..jd lekat la kyurukei…kadang2 jd ringkas smpai KyuKei je….

Jumaat, 30 Oktober 2015

#BFF....



Assalam…malam ni nak cerita lak tentang kawan atau yg pernh jdi kawan sementara yg aku ada..tak kira lelaki atau perempuan..namun kehadiran dorg ni bnyak mengajar aku erti kematangan..hehe..

Kawan aku yang pertama..nama dia hanif..dia ni kawan sejak sekolah lg..sampai la sekarg kitorg masih kawan….dok melepak malam kat mamak sambil layan Whyphy Pree…dia ni ngan aku bnyak meluangkan  masa pada hobi yg sama..iaitu main game..haha..COC ngan Dota…itu je la…kadang2 dekat rm10 sehari habis kat CC….aku ngan dia ni sama sama baru dpt lessen keta bulan ni..ok..so perwatakan dia ni..dia ni jenis suka sembang pasal gadget..dr zaman symbian..sampailah zaman android…mmg yg latest dia dpt tau dulu…seorg yg pendiam….cuma dia ni kekok bila berdepan ngan perempuan..aku ingt lagi masa kita org kerja sama2 kat bandar u seri iskandar….ada sorg awek cun sbelah ni minat kat dia…tp ntah camne dia tak mau layan pulak…hehe.. kitorg mmg dah lama  berkawan…eksiden kat giant dlu pun sama2 haha…aku patah gigi..dia lak tulang rahang muka lari sikit..tp tak Nampak pun..Cuma kalau dia tunjuk baru perasan…masa zaman sekolah…selalu la ke kedai auntie ayer tawar main house of death…counter strike ngan serious sam….

Yg kedua nama dia Kamil….kenal masa kerja catering..aku keje catering ni sambilan..sbb masa ni tgh sekolah….dia ni masa tu ramai giler awek2 dok mintak nombor..sbb muka dia sejibik macam ariel peterpan….aku sendiri pun tak dapat nak bezakan antara dia ngan ariel peterpan mana satu yg original..haha..lawa2 pulak awek yg nak nombor dia..so dia ni la idola aku pada masa tu..sbb pandai ngayat awek…dahsyat..kalau korg berada di tmpat aku..mmg korg akan tergamam la…skrg aku tak tau la..sbb lepas kes skandal ariel peterpan tu…mgkn lebih ramai awek yg focus pada si kamil ni..sebab dia takde skandel2 mcm tu haha…apa da aku ni….aku rasa kalau dia daftr jd new singer utk kmpulan peterpan pun boleh..dia menyanyi pun ok gak…dia ni org pendiat,parit…

Kawan yg ketiga…aku tak ingat..tpi aku panggil dorg kembar..sorg aku pggl kembar beso (abang) dan kembar kecik (adik)…dua2 ni pun aku kenal masa catering juga…..si adik agak nakal..si abang baik je..tp dua2 ni selalu kena buli ngan aku dlu..hehe…sekrg ni ada la terjumpa gak…si adik dah kawen..si abang belum..sbb abang dia nak jaga mak dia dulu..dorg ni anak yatim…muda dri aku lagi dua2 ni..sorg sebaya adik aku yg no 2…
 

Yang keempat…siti akma..aku panggil kema je..dia ni aku suka kawan ngan dia..dan dia pun antara rakan perempuan yg agak rapat dengan aku..aku ada gak rasa nyesal tak attend wedding dia..sbb masa tu aku sibuk…dia kawen ngan org lain bukan ngan bf dia masa kat kolej…lupa nak gtau..aku kenal dia kat kolej…dia ni merangkap adik angkat aku juga..Cuma tak ingat nak mention nama dia dlm pos lepas…aku ingat lg..pakwe dia masa tu cemburu giler aku kawan ngan dia..dia ni juga adik angkat pada kawan aku si awan…nnt aku cerita ttg awan ni kat bawah….kema ni perangai dia mcm budak2 gitu..sbb tu dia jd adik angkat aku..Cuma kadang2 dia suka gak buat aku terkejut..tetiba je jerit…suka beno dia ngaco mcm tu…tp mmg best kawan ngan dia ni..antara kawan perempuan yg aku paling suka kawan….

Yang kelima..nama dia azzuan…gelaran wan..tp dia suka dengan nix awan..so aku pggil dia awan je la…dia ni first friend aku masa kat kolej..masa orientasi pun duduk satu kmpulan yang sama….ingt lagi masa kitorg dibagi tugasa untuk reka satu logo and terangkan makna logo tersebut…haha…kitorg buat logo sauh….mmg agak kelakar la kitorg nk tergkan maksud dia…aku tak ingt dah apa yg kitorg terangkan..tp mmg bg aku masa tu lawak la..mcm takde kena mengena lngsung ngan logo tu….Cuma masa ni kitorg rumah asing..sbb masa intake tu warden pakai sumbat2 je ke bilik2 kosong….so masa sem berikutnya..kitorg dpt satu rumah yg kosong..so kitorang pindah la duk serumah..kolej kitorang 1 rumah ada 3 bilik…2 bilik 4 org..1 bilik dua org…dia ni suka smbng pasal fesyen..yes…suka sgt berfesyen2….kata org kg melaram….dia suka melaram depan cermin..dan juga suka amek foto..sekarg org sebut selfie..dulu org pggil gambar syok sendiri..hahaa…jgn mara ye awan..kalau nak bersembang ngan dia ni…mmg takkan habis punya…

Yang keenam..nama dia zuhri..aku pggil dia andre…dia ni asal Indonesia…dia ni agak penyenyap juga orgnya..tp kalau kena topic perbualan..boleh jadi rancak…dia suka layan movie jepun..drama jepun…boleh dikatakan sejak dia beli laptop…mmg tak lekang la…dia ni suka sangt nak jadi model…kadang2 dia ni ngan awan ada je bnda nak buat….Cuma yg aku kesalkan..di akhir semester dorg  berdua ada krisis…tak perlu aku ceritakan…dorg berdua nak rahsiakan pada aku..tp aku tau gak akhirnya..hahaha..Cuma aku buat pura2 tak tau la depan dorg berdua..tu je yg aku kesal..sbb dorg ni bestfriend kot…

Yang ketujuh…
Hakim firdaus…kitorang panggil dia sean(shaun)…antara budak2 dalam rumah..dia ni lebih rapat ngan aku….dia ni rakan yg selalu dengar masalah aku..dan aku juga jd rakan yg selalu mendengar masalah dia…haha…dia ni aku panggil doctor cinta…sbb ayat dia..pergh…antara playboy yg berjaya pernah aku jumpa…Cuma dia ni budak rumah kitorg gelar mamat touching…sori sean…aku kena join majoriti…haha…papepun dia ni antara kawan yg aku rapat di kolej…kalau ada masalah aku ngan azni..dia ni bnyak bg pandangan….

Yang kelapan
Nama dia airudin..aku panggil dia megat….aku Tanya dia kenapa jauh sngat panggilan tu..dr airudin kepada megat..dia kata sbb masa tu dia pakai baju ada tulisan megat terawis…hehe…melekat sampai habis kolej..dia ni org manjung….kadang2 aku balik naik bas ekspress ngan dia je la…dia ni aku selalu usik….biasa yg aku usik..”megat..kirim salam kat kakak hang ye”…sbb dia ada sorg kakak….tu pun aku tau sbb dia taruk wallpaper kat laptop dia gambar keluarga ramai2….dia ni bnyak belanja aku..dia la yg belikan tv utk rumah kitorg..dan pos motor dia dr perak ke perlis…utk memudahkan dia ulang alik g pekan…..kadang2 kitorg pinjam gak moto dia…dia ni tak lokek…Cuma kadang kala sampai budak2 asrama lain pinjam pun dia bg….Cuma aku risau la..sbb yg pnjam tu kadang2 org yg kita tak kenal..so aku suruh dia guna nama aku supaya org luar tak pinjam..gtau yg aku nak guna bawak azni g kangar,,or apa2 lah yg logic…dia ada belikan kamera kat aku..sayangnya kamera ni tertinggal dlm keta sewa..masa nak angkut barang aku balik perak….lebuh le …dia ni sama mcm anep..kekok ngan perempuan…aku pernah buat blind date antara dia ngan budak junior…nama budak tu tia..mata coklat woo…tp sbb dia tak mau layan..melepas la kat org lain..kerja gila ni dirancang oleh aku ngan azni…skrg ni dia ada buat bisnes cetak design kat mug..so kalau korg minat..gtau je kat aku..nnt aku bg no dia…

Yang kesembilan
Nama dia jazli….aku panggil lee…tp ramai yg pggil kak piah..aku pun tak tau mana datangnya gelaran tu..lupa nak Tanya….dia ni peminat tegar anime jepun…aku kenal bleach dgn dia la…mcm2 anime dia ada..pastu peminat tegar kamen rider…aku minat kamen rider pun sbb dia gak la..masa tu kamen rider decade…dia ni hujung minggu overnight kat cc..so payah nak jumpa dia malam minggu…suka menyendiri dlm bilik….demam game online pun dia gak yg bawak…masa tu game cabal tgh top..satu rumah main cabal…kecuali sean…kadang2 kitorang setup hotspot utk main CS….habis demam satu asrama main CS..lawan antara rumah ngan rumah…haha…sampai kadang2 aku ponteng g kuliah sbb tido lmbt….dia ni baik orgnya….nampak mcm sombong tp sbnrnya tak..Cuma dia tak pandai nak start perbualan..dia mahir bahasa jepun…jgn le berani lawan dia bab bahasa jepun sbb dia pro..hehe..rasanya dia ni kot yg dah smpai jepun..btulkan aku kalau silap ye kawan…

Yang kesepuluh…zaihafiz..aku panggil dia chip..dia ni asalnya aku ingt lebih tua dr aku..rupanya sebaya…dia ni mmg smpoi..suka menolong..dan bnyak rahsia antara housemate yang aku tak patut tau pun bocor..tu pun jenuh gak aku pujuk..hahaha…dia ni mcm aku..minat datng dr pengaruh rakan2 serumah….dia ni suka dengar lagu2 jiwang..lagu yg tak pernah dengar pun dia ada…sekarg dah kawen…haram aku tak tau dia kawen…sampai hati hg chip…hehe…dia ni pun pernah sampai jepun…betulakn aku kalau salah ye kawan…dia ni pendiam tp..sporting gila2 la…pernah g rumah opah dia kat kedah..lpastu aku selau usik dia…”chip…bg aku kawen ngan anak buah hang..aku jatuh cinta ngan sambal belacan dia la”..mmg sedap anak buah dia buat sambal belacan..sampai menjilat jari….

Yang kesebelas…
Nama dia zikry…aku paggil dia zik…ada yg panggil ah chong…hehe..dia ni keturunan yg tak boleh apa ntah..sbb dia ada org johor…tak ingt apa bnda nye…dia ni kalau balik kg..dtg asrama mesti ada bawak tempe goring sambal…sedap gak…first time aku makan tempe mcm tu..biasa siap buat gulai makan ngan nasi..ni boleh makan mcm snek je…dia ni tokan gudang garam yg terbesar dalam asrama..haha…dia ni asalnye tak merokok..tp disebabkan pengaruh rakan2 rumah lama…dia jd perokok tegar..kuat giler merokok….pastu akhir2 sem dia berenti merokok..tu pun lepas ada janji apa ntah ngan awan..dia ni pernah kapel ngan ain..tp mcm chipsmore la..kejap ok kejap tak…dah mcm drama smbilu pulak dah…masa aku praktikal kat PoliJB dulu ada la dia dtg mlawat aku ngan awan kat rumah sewa …dia ni payah nak predict…sbb kadang2 ok..kadang2 tak ok…aku pun pelik gak masa mula2 tu..tp lama2 biasa dah….

Yang kedua belas…
Nama nurin..pnggilan ain…dia ni mulanya aku anggap sombong..dan dia pun anggap aku sombong pada mulanya…tp dia ni antara yg rapat ngan aku kat kolej..dia ni rajin..kadang2…kuliah yg aku miss…aku pnjam nota dia je utk ulangkaji..sbb lengkap dan detail..apa yg pensyarah tergkan kat dlm kuliah..semua dia salin..dia ni antara kawan aku yg berjaya..sbb dia la yg sambung ke university…dia ni aku pernah ajar main daun terup…haha…dia ni se praktikal ngan aku kat PoliJB…ptg2 bila takde kelas…kitorg main daun terup la dlm bilik prep…aku ni masa kat kolej…biasa jd rujukan untuk subjek math…sbb aku suka math..haha…selain dr math.. aku juga minat sains kejuruteraan….kalau kat sekolah dulu aku suka kimia..sbb kima ni best …aku tak minat elektronik..tp bidang tu pulak yg aku ambek..haha…ok..back to the story….ain ni kalau kena topic perbualan..mmg boleh berjela jea..tambah2 kalau ada fazli lg…

Yang ketiga belas..nama dia fazli..aku pnggil li..dia ni tua dr aku lg dlm 5 tahun mcm tu…so aku selalu dgr je la celoteh dia dah mcm org2 tua ….masa praktikal dlu..dia ni la tukang masak…gulai lemak cili padi dia antara yg sedap aku makan…Cuma terlalu pedas je..aku ingt mulut dia mmg dah mcm org2 tua la…haha..dia ni rajin…setiap hari..baju yg dipakainya..dia akan basuh pada sebelah malam..so aku tak pernah jumpa baju dia bersepah mcm baju aku..haha…dia lebih pentgkan jenama..sbb kata dia walaupun mahal..tp tahan lama…dia ada sehelai seluar jean levis ori(kat rumah dia ada lg..yg dia bawa g praktikal 1 je)..katanya seluar tu dah lama dia beli..tp still nampak mcm baru…mmg seorg yg berdisiplin…antara org yg bangun paling awal..tak kira la cuti ke time praktikal ke…mmg awal bngun…dia ni dah ada bisnes sendiri….bisnes ternak lembu….sambung belajar sbb ayah dia paksa…ayah dia nak dia cari pengalaman….merantau ke negeri org…mmg bagus budaknya…masa tu dia dah pun bertunang..sekarg aku tak tau la..mgkn dah berapa anak dia agaknya…dia ni takde fb..so mmg syg la sbb terus lost contact…

Yang ke empat belas…
Amirul..aku pggil miroi…dia ni kawn aku dan kawan anep dan juga kawan idham…dia ni sekolah takat form 3….so tak merasa la belajar sama2 smpai spm….dia ni kuat cucuk pinggang aku sbb suka tgk aku melatah..skrg ni aku cuba tahan supaya tak melatah lg..alhamdulillah..dh boleh tahan sikit nfsu nak melatah tu..tp perit gak la nk menahan tu..kdg2 terhambur keluar gak la latah tu..Cuma takde la selalu mcm sblm ni..dia ni kaki  ps..boleh dikatakan semua game ps dia dah main…dan juga penggemar  muvi dan drama barat….seorg kaki donlot tegar…

Yang kelima belas…
Nama idham…panggilan..idham juga..ade yg pggil mat deghih…dia ni lama gak tak jumpa lepas hbis sekolah dulu…first jumpa masa dia kat ipoh lepas aku habis praktikal kat poliJB..masa tu aku g rumah sewa anep…dorg duduk kat gunung rapat…mula aku kenal dota kat situ la..dorg ajak g cc dek com..area situ juga…dah kawen…dan dah jadi seorg bapa…

Yg ke enam belas
…sintara..aku kenal masa aku kerja kat kedai jual baju..dia ni kadang2 ada ajar aku sikit2 bahasa dorg..tp aku dah tak ingat dah..haha…mudah lupa..bnyak juga la budaya dorg yg aku tau…walaupun tak semua..tp aku tau la juga…dorg ni bnyak pantang2 larangnya…
Ada juga kawan2 aku yg dah meniggal…jd tak perlu la aku ceritakan…

Tu antara rakan2 housemate aku…ada juga aku kawan ngan budak2 rumah lain,,tp tak ingt pulak nama dorg….nnt aku cek balik kat fb..kot2 boleh ingt nix dorg balik…aku ni sejak xcident..ada perkara2 yg aku lupa…maafkan aku ye kawan2…sbb tu aku bnyak menulis dalm buku… bukan diari..aku tak de diari…hehe…tujuan aku tulis supaya aku tak lupa korg semua..notepad2 dlm pc aku ni bnyak sgt..sbb aku selalu menulis ttg apa yg aku ingat..mana tau kalau satu hari nnt aku terlupa…ada gak tempat2 yg aku boleh rujuk…

Jadi aku terpikir gak..kalau aku kawen nnt..aku ni tak ramai kawan..haha…mcm ne nak buat kenduri besaq2 ni…haha…k lah..aku ada lg kawan2 yg tak tersenarai dlm ni….kebnyakan kawan2 aku kat fb tu ramai yg aku kenal…mmg aku tak berapa suka sangat nak add org2 yg aku tak kenal masuk fb…so tu la sebabnya kena kawan2 kat fb aku sikit je..tak ramai…kadang2 ada yg add aku tak approve kalau aku tak kenal..so itu la sebb nye ye..

Khamis, 29 Oktober 2015

MY life Story will never ending

assalam semua..malam ni rasa teringin lak nak mnulis....ye la..kalau tak sebelum ni aku

asyik luahkan perasaan kat wechat je...fb aku...hanya khusus utk stalker mmber ngan

lepak kat page2 je..nak update moment memang jarang la...bak kata org hanya jadi silent

reader je...

so di blog ni..aku just nak tulis ttg apa yg aku rasakan pada mlm ni..ye la kan...mmg

perasaan aku ni selalu mmbuak2 utk berpuitispuitis ni..tp takde masa utk dicoretkan di

mana mana tmpt..tp malam ni..aku freekan juga serba sedikit masa utk mengisi post dlm

blog ni..maklum lah..dah lama tak berupdate....malam ni aku nak ceritakan ttg wanita2

atau gadis2 yg berjaya mengubah sedikit sebnyak hidup aku ni...cerita bab perempuan

dulu...nnt next post cerita pasal lelaki pula..ye la..tak adil la kalau perempuan je

kan...hehehe....cuma utk para2 wanita yg aku nak ceritakan ni lebih menjurus kepada ex2

ataupun secret2 admire yg pernah muncul dlm hidup aku ni..

so yg pertama

nama dia ni farah inani..seorg yg sangat2 comel..kawan perempuan pertama aku masa duduk

kat dato keramat,selangor..rasanya la...sbb tmpt ni je yg aku ingat....mak dia orang

pantai timur..ayah dia..aku tak tau..hehe...so..rumah dia ngan rumah aku berdepan

je..rumah flat katakan..so tiap2 ptg dia akan panggil nama aku dr rumah dia....so aku

pun melepak la kat tepi pintu rumah aku bersembng ngan dia...rumah kami masing2 ada

grill..so mmg bersmebang dr pintu ke pintu la...pernah sekali mak dia nak tunangkan dia

dengan aku..tp mak aku tolak...sbb..terlalu muda dan masing2 family tak tau lagi hala

tuju nak kemana...lega aku rasa...bila aku dengar mak aku cerita..sbb..mmg tak masuk

akal la...nnt bila dah beso nnt...mgkn aku akan anggap dia mcm kakak aku sendiri..sbb

umo dia tua setahun dari aku...dan jodoh ni bukan main2 kan..tgk je la...bila aku dah

beso ni..mcm2 perempuan aku kenal dan aku suka..naseb baik tak jadi tunang...cuma mak

aku selalu cakap yg farah ni pandai...sbb masa tu dia dah boleh baca surat kabo...aku

masa ni..baru bertatih tatih nak mengeja...hahaha...masa ni aku tak pasti umo aku

berapa..tp rasanya dalm 4 or 5 tahun kot..aku masih ingt lagi melepak kat tepi pintu

ni..ahli mesyuarat pintu

yang kedua

aku tak ingat nama dia..masa ni family aku dok kat sungkai...ayah aku nagjor kat SM

trolak...dia ni mana aku pergi mesti ada muka dia..umur dia aku tak ingat..tp rasanya

sebaya..aku masih ingt lg dia ni...tiap2 petang mesti kayuh basikal sama sama keliling

kg...dulu dia selalu la blnja aku gula2 3 seposen..haha..masa ni aku ingt lg aku minta

kat mak aku duit sbb nak belanja dia pulak..tu pun belanja gula2 ngan ice pop..masa ni

ice pop ada mcm2 bentuk...skrg ni rasanya mcm dah tak de..sebb semua tinggal yg bentuk

stick je...bentuk buah jagung...buah strawberi dan bentuk yg lain dah takde jumpa dah...
kadang2 main pondok2...dan mcm lagi la....masa mula2 pindah..mmg sedih rasanya..aku ingt

lagi rupa dia walaupun dan dekat 20 tahun tak jumpa dia..tp rupa dia sekrg mesti dah

lain..kalau nak cari pun mmg mustahil gila la...aku sndri pun hampir 100 peratus

beza..dulu kecik..aku ni putih..rambut pon coklat..skrg takde dah..skrg dah agak gelap

kulit ni..tak tau la pasl pe..mgkn bnyak berjmur kot...rambut pun dah tak coklat

lagi...dah jadi hitam...haha...mmg aku ni agak comel gak masa kecik2 dlu...kalau tak

caye..nnt aku cari gambar masa aku kecik dlu..aku boleh tnjukkan..tp memang nak kena

cari dulu la..hehe...

yg ketiga
nama dia Balqis...yg ni aku tak prnah jumpa..just perkenalan melalui telefon tu pon

telefon telekom je zaman ni...hp mcm 3310 mahal giler...masa ni aku baru darjah 6

rasanya...ni first time aku gayut lama gila ngan telefon...mmg best smbang ngan dia

ni..mcm2 kitorg sembang dr topik realiti show sampai la ke perkara2 lain...dia ni lost

contact lepas aku pindah dok ngan arwah opah aku...sbb aku tukar kesekolah lain masa

prtghan darjah 6...dengan dia ni aku bnyak tau pasal hal ehwal 'dunia luar' yg aku tak

tau

yang keempat..

nama dia Munirah...dia ni ada tahi lalat kat muka tempt yg sama mcm aku....kenal dia

masa aku pindah sekolah baru...dia ni..ok juga tp aku tak pernah smbang ngan dia..sbb

masa ni aku kurg nak bergaul dengan kawan2 perempuan...mgkn pasal tu sekolah agama

kot...aku rasa janggal nak lebih2 ngan rakan sekelas perempuan ni...cuma yg aku tau dia

pernah tulis kat dinding dlam cupboard kelas..yg dia suka kat aku...cuma agak terlewat

aku tau..patut la reaksi dia agak pelik bila bertembung ngan aku..mcm malu2 je...masa

aku tau tu pun dah penghujung2 darjah 6...masa ni aku start berulang dr kg gajah ke

bota...sbb ayah aku nak ajar sikit2 sblm upsr..so..mmg aku tak smpat balas la...kalau

ada diberi masa...mgkn aku dpt merasa kapel ngan dia kjap...hehe..tp bukan jodoh..masa

ni...aku mula kenal sikit ttg perasaan suka seseorg...sbb aku sbnrnya ada feeling kat

org lain..iaitu kawan pada munirah ni...tp kawan munirah ni suka kat kawan aku..nma

kawan aku ni...safwan or izwan..aku pun dah tak berapa ingat..tp ada la perkataan wan

hujungnya...sbb kawan aku ni dapat surat cinta monyet dr kawan munirah ni..kawan aku bg

aku baca..tp aku ni jenis simpan rahsia punya...aku cerita ni pun aku still tak mention

nama kawan munirah tu..hehe

yang kelima

Nama dia Nafz*ra...aku kenal dia melalui abang dia Nafz*ri...dia ni muka mcm doll

face..dan sudah tentu la lawa juga....orgnya mmg baik....dia ni aku lost contact

akhirnya....sbb fon aku kena curi..aku kenal dia masa form 4...selepas aku eksiden tahun

2007 atau 2008 depan giant manjung..masa aku eksdiden ni hari ahad..tgh pakai baju

merah..mmg ingat gile2 la..sbb eksiden ni telah mencacatkan sedikit pnmpilan aku..sbb

gigi aku patah..masa ni la fon ku hilang...sedih kan...akhirnya selepas 2 tahun aku

berjaya hubungi dia..tu pun aku cari kat tagged...aku ingat email dia..so bila aku

search kat tagged...akaun dia keluar..terus la aku add dia...tp..disinilah bermulanya

kisah sedih aku..dia dah kawen ...mula2 tu hancur hati aku..tp dah tu takdir kami..dia

bukan jodoh aku..mula2 tu aku mmg msj2 lg ngan dia..tp pastu aku stop terus msj ngan

dia..sbb dia dah jadi isteri org...dia prnah cari aku..tp tak jumpa..ye la masa ni aku

dah masuk kolej kat perlis..

yang keenam...

nama dia azni..aku pggl dia ney..hmm..yg ni agak complicated gila aku nak cerita..sbb

dengan dia aku kenal dunia yg lebih dalam ttg wanita...so..aku bljar cara nak

memujuk...nak ambil hati perempuan dan mcm2 lg la...dia mmg pandai memasak....masakan

dia mmg sedap2 semuanya...yg paling sedap gulai nenas ikan masin dia...pergh..takde

sape2 yg boleh lawan gulai dia tu..sedap giler...dia bnyak kenangn manis dengan aku..tp

syg...mgkn salah aku sendiri...sedih sangat2 sebb berpisah dengan dia..sbb aku ni

selfish yg amat2 sangat...sbb dia nnt aku cerita yg ketujuh...#Nazatus Sofea

yang ketujuh...

nama dia khainur arlina...dia ni paling banyak mempengaruhi hidup aku..walaupun aku

gagaldptkan hati dia...tp disebabkan dia juga lah hubungan aku retak dengan azni pada

zaman2 penghujung perhubungan kami..bukan salah ina..tp salah aku sendiri...aku mmg suka

dia ni sblm azni lg..tp masa aku nak mulakan langkah..dia kapel ngan rakan serumah

aku..pastu dia putus..aku cuba nak try..tp aku dengar dr rakan serumah aku..yg ina ni

nak tmpukan pada study dia dulu..dia tak mau kapel2 ni...so..pada masa ni aku mula start

kenal dengan azni...tp..mgkn sbb aku ni jenis jujur tak bertempat..aku gtau kat azni..yg

aku suka ngan ina ni...so...sikit2 aku ngan azni akan bergaduh kalau sbt pasal nama

ni...sampai la akhir hubungan aku ngan azni ni terputus...hati aku ni mmg hancur luluh

la juga masa ni...sbb dua2 aku tak dpt...cuma ntah mcm mana perasaan aku pada ina masih

kuat..aku masih mengharapkan sampai la hmpir 7-8 tahun...tapi perasaan tu aku stopkan

juga pada bulan september lepas....ye la...aku kena berpijak pada bumi nyata bahawa ina

bukanlah jodoh aku..spnjang 7 tahun ni aku masih mencuba utk bercinta lg...kebnyakannya

tak berjaya kekal lama..aku stopkan perasaan aku pada ina pun sbb dia dah tunangan

org...sampai skrg aku masih menyesal kehilangan azni...cuma mgkn bukan jodoh panjang

ngan dia juga agaknya...

yang kelapan (1)

nama dia arin...aku kenal masa tgh giler dgn tagged...org perlis..dekat ngan tmpat aku

belajar gitu...kenal dia masa zaman2 akhir aku jd student kolej...so dlm perkenalan aku

dengan dia ni..dia ada ciri2 seperti ina...cuma dia dpt bonus lebih..sbb ina sama tinggi

ngan aku...tp arin ni lebih rendah dr aku..sbb aku mmg mencari awek yg lebih rendah dri

aku....kelebihan pada dia lagi..dia boleh berdikari....so dalam kenal ngan dia ni..aku

kenal pulak sorg lagi awek nama dia sakinah....aku pnggil dia ina juga...so untuk

rujukan mudah aku tukar jdi kinah...snang nak paham....

yang kelapan (2)

Nama dia sakinah...kinah ni aku kenal masa aku LI kat PoliJB dr kolej yg sama......baru

aku tau yg dia start suka kat aku masa kat kolej lg..pergh..*baru ku tau*....dia ni org

perlis juga..area arau....masa aku kapel ngan dia ni..aku tgh ada krisis dgn arin..masa

ni arin mintak aku lupakan dia (sms)..pada mulanya aku tak peduli dgn apa yg arin

kata..aku cuba contact no dia tp takde yg jawab...tp lepas kawan dia kol marah2 aku..aku

pun stop la contact dengan arin....so masa ni la aku kapel ngan kinah...lepas seminggu

aku kapel ngan kinah..arin contact aku balik...dia kata..msj yg aku dpt haritu mmber dia

hantar..masa tu dia masuk wad (dia mmg ada sakit..biarlah rahsia)..so mmber dia pepandai

hantar msj mcm tu kat aku..pergh...masa ni aku dlm keadaan tersepit la...takkan aku nak

putus ngan kinah..dah la dia mmg ada perasaan kat aku masa aku kapel ngan azni dlu...mmg

pening gak nak pikir...so masa aku LI ni aku rahsiakan hubungan antara aku dengan

kinah...kinah je yg tau...

additional story : pada masa ni aku agak playboy sikit..aku try juga sorg dua budak2 kat

poli ni..haha...jhat kan..tp apa yg aku buat ni ina tau...dia yg bnyak tolong aku untuk

tackle bebudak poli ni...mmg niat aku tak nak serius sgt pun dengn budak2 poli masa

ni..saje suka2...tp mmg pokai juga duit aku sbb asyik mintak topup je tak kesudah dorg

ni...tapi aku tak kesah..aku anggap tu sbgai habuan lepas dorg keluar jalan2 ngan aku

kat JB sbb kadang2 ina ni bz sikit...so bersiar2 la aku ngan bebudak poli ni...cuma

akhirnya kantoi sbb kbtulan pada hari aku keluar ngan ina..aku terserempak

dorg...hehe...takpe la..sbb masa tu aku pun dah nak habis dah LI...tp salah sorg budak

poli ni ada yg nanges....aku pujuk juga la..gtau yg aku anggap dorg mcm adik2

je...nasebb baik dia paham...masa lepas aku habis LI dia ni ada smbg2 lg kat FB

aku..lma2 senyap juga...yg sorg lagi..terus senyap...mgkn marah kot..ntah mcm mana boleh

ada pulak dua2nya kat CS JB masa tu..mmg twist btul ending dia..haha

so sambung semula cerita antara arin dengan ina....selepas aku habis LI..aku kena pergi

kolej utk hantar report..masa ni..aku duduk seminggu kat sana...disebabkan arin dekan

tasik melati...ina kat arau....dua2 dok dlm perlis....hari pertama aku sampai kolej aku

keluar ngan arin...hari kedua aku gtau arin aku nak lepak ngan kawan2 serumah..so hari

yang kedua tu aku keluar ngan kinah...hari yg ketiga pulak..seblh pagi keluar ngan

arin..sblh ptg bg alasan nak lepak ngan mmenber....so belah ptg aku keluar ngan

kinah....sampai la hari keempat..aku rasa serba salah....sbb aku ni jenis jujur

sikit...hari keempat...aku plan nak g padang besar...aku ajak 2 org kawan roomate aku

kemudian adik angkat perempuan (ain) aku sorg buat teman...arin ngan kinah ada

sekali...hati aku berdegup kencang la hari tu..takut ada..gugup ada...maklumlah..hati

dua2 kena jaga...so sampai padang besar..arin perasan pasal apa aku layan kinah lain mcm

je.....sbb masa tu aku bnyak berjalan ngan kinah..mana taknye..aku tgh tanya kinah mcm

mana nak gtau arin ni...lepas berpuluh minit di padang besar...akhirnya aku bgtau la yg

kinah ni kapel aku juga..masa tu..aku tak dpt bygkan muka atin macm mana..pergh..sedih

kot aku tgk...tak sampai hati aku buat dia mcm tu...tp aku juga tak sampai hati nak

putus ngan ina..lepas 2 3 jam kami kat padang besar..kami akhirnya balik...kami pergi

naik dua kereta...satu kereta arin dan satu lg kereta kinah..aku naik ngan

kinah....mmber aku sorg naik dengan arin...part yg ni aku tak berapa ingat..sbb salah

sorg dr dorg berdua ada muntah2...mgkn sbb tekanan kot..so aku temankan yg muntah2 td

tu..risau plak aku tgk...cuma tak silap aku..arin kot yg tiba2 tak sihat hari tu...mmg

aku rasa salah sangat2...

masuk hari kelima..arin dtg awal tggu kat hostel aku...perghh..awalnya dia dtg hari

tu..kami lepak kat taman rekreasi kangar....masa ni dia nangis...aku ingt lagi masa ni

aku tgh dgr lagu jason miraz-im yours...aku ada simpan klip video ni lagi....kadang2 aku

tgk balik...masa ni kami bncg2 sikit...aku bgtau..aku tak ley nak lepaskan ina..sbb aku

sygkan dia juga..lgpun spnjg aku kapel dua org ni...aku masih dpt bhgikan masa aku sama

adil untuk dorg...dorg nak kemana...aku ikot tak membantah...arin kata ok..dia tak

kisah..aku tau..tu mulut dia je yg cakap...hati dia mesti dah hancuq riuk dah..aku diam

je la hari tu...ptg tu aku keluar ngan ina pulak..kali ni aku tak tipu..mmg aku gtau

direct je..

petang tu aku tau..bila kinah dah berdepan dengan arin masa pergi padang besar

tu...tentu dia ada rasa sedih juga..tp aku kagum..kinah ni kuat orgnya..sbb dia sndiri

tak kisah dimadukan...sbb kinah pun ada mak tiri...tp perasaan aku tetap serba

salah...mmg pada masa ni dia je yg memahami aku..so ptg tu kitorg melepak je la kat

kuala perlis sambil tgk matahari terbenam..sbb esok ptg..aku ngan arin lak nak tgk

matahari terbenam...

hari yg berikutnya arin dah mula ok...tp kinah kata..elok aku keluar ngan arin pagi

esoknya...jd hari keenam...aku tak lepak ngan kinah..tp lepak ngan arin..mmg kinah yg

paling memahami aku..sampai sekarg aku kesal ngan perbuatan aku sbb melepaskan dia...

so diringkaskan cerita..stelh hampir setahun...arin bg kata putus kat aku..dia bg aku

pilihan..sama ada pilih dia atau kinah....aku kata..kalau aku kena pilih..aku sanggup

lepaskan 2 2 nye..so..lepas pikir dlam2 akhirnya aku lepaskan dua2nya..aku sangat

menyesal..sbb aku rasa dorg dah jd plgkap dlm hidup aku pada masa tu...tp sebb salah

sorg tak mau ..aku lepaskan 2 2 sekali...sakinah terus hilang tanpa jejak...mgkn sbb

terlalu sedih...last berita dr mak dia masa tu..kinah dah tak dok perlis...dia erja kat

luar perlis..arin pun senyap...

setelah aku putus dengan dorg berdua...
dtg wanita yg kesembilan

nama dia aku tak tau..tp yg aku kenal hanya mak dia...nak jodohkan anak dia dengan

aku...lawakkan..patut aku yg kena pinang anak org...ni terbalik pulak....aku reject

awal2..sbb lepas aku putus ngan kinah dan arin..aku tak mau pikir soal cinta atau apa2

yg berkaitan....lgpun perasaan aku pada khainur kembali berputik..walaupun boleh

dikatakan aku ni bodoh..sbb suka pada seseorg yg sukar utk aku dptkan.....

lepas tu arin hubungi aku balik....aku kapel balik dengan dia..cuma pada masa

ni..perasaan aku pada khainur arlina membuak2...sbb aku selalu msj ngan khainur arlina

kat fb...kdg2 dr pagi sampai ptg kitorg chat..pada masa ni aku masih pikir..ala dia baru

tunang..belum kawen lagi....so..hubungan aku pada arin...tak kekal lama....

dtg wanita yg kesepuluh...
Nama dia ekin...dia ni aku bru je kenal kerja cashier kat sebuah kedai disini..tp sejak

aku dpt tau dia suka aku..aku tak pernah pergi kedai tu lg....

yg kesebelas...
ni paling terbaru..2 hari lepas..bekas cikgu aku dtg ke kedai makan aku..rupanya dia

kenal aku lagi..cikgu SMKDARY...dia nak jodohkan aku dengan anak dia..umor anak dia

20...maknanya aku tak pernah jumpa anak dia masa sekolah dlu..yg ni aku masih

pertimbangkan..sbb..umo aku dah masuk 26...tp..di sini berlaku sikit conflict..sbb

sbnrnya...aku ada perasaan pada salah sorg rakan fb aku..aku kenal dia agak lama

juga...cuma aku tak tau la..lps dia jumpa aku kat manjung..dia terus tak mau msj aku

lg..snyap membisu...aku pun tak tau kenapa..sejak aku jumpa dia..jantung aku berdegup

kencang...masa aku menulis ni pun aku rasa bnda yg sama....adakah aku suka pada dia?sbb

selama ni aku anggap dia mcm adik2 je...takkan la tiba aku suka kat dia..aku harap..dia

dah kapel la....sbb dah setahun aku tak dgr khabar berita dia...masa dia jumpa ngan aku

tu mmg dia masih single lagi..so aku tak pasti nak masukkan dia dlm senarai atau

tak...sbb dia juga bnyak juga muncul ketika aku perlu kawan utk sembang dan luahkan

masalah...aku rasa aku masukkn juga kot..

yg ke dua belas...


nama dia rabiatul adawiyah..dia satu2nya yg aku anggap sebagai adik angkat aku selepas

ain..so buat masa ni aku ada dua org adik angkat perempuan dan seorag lelaki..yg lelaki

ni..aku tak tau nak ckp..sbb dia terus hilang...hilang tanpa jejak...aku tak tau mana

dia sekarg...sblm ni slalu smbg kat fb...pastu fb dia langsung tak update2 dah...nak kol

dia..no dia pon tak aktif sudah...

ok balik pada cerita...lepas jumpa dia tmpoh hari kat manjung...hati aku tak tenteram

dibuatnya...aku tak tau la sama ada ni mainan perasaan ataupun gannguan jin..hehe..tp

makin lama makin aku rasa perasaan cinta tu ada pada dia...oh my ...aku nak luahkan pada

dia..tp aku takut..sbb aku takut nnt lepas aku luahkan..hubungan kami sebelum ni

terjejas..so aku snyapkan juga..ye dia ada dlm follower blog ni..tp dia dah tak

aktif..so kat sini je la aku rasa aku boleh luahkan apa yg terbuku dlm hati ni...sbb

kalau aku mention nama ni dlm fb ngan wechat..mgkn aku tak tulis la nama ni...

so selepas bnyak kali aku gagal perthankan sampai ke jinjang pelamin..aku dah mals nak

pikir soal cinta ni..sbb akhirnya akan membawa pada kegagalan...tambah pulak bila aku

tgk sepupu aku kawen pun boleh tak kekal lama..so...kesian aku tgk dia...aku tak nak

bnda mcm tu berlaku kat aku...tp sape yg tak nak merasa berumah tangga kan..

cuma akhir2 ni aku dpt mimpi..aku kawen dengan org pulau pinang....tp hari pertama kawen

tu aku ingt lg dialog aku kat dia "ok lah...nnt syg pergilah kerja.."mcm masa hari aku

kawen ngan 'seseorg' tu..dia ni terpaksa kerja pada hri pertama kami kawen tu..2 3 kali

dp mmpi ni..tp muka dia aku tak nampak..dan nama dia aku tak tau sape...siapalah orgnya

ni..misteri juga..hari pertama kawen kena kerja...haha..aku harap tu mainan tidur je

la....

cuma sekarg aku masih berbelah bahagi..sama ada nak luahkan pada rabiatul ataupun aku

terima je date yg bekas cikgu aku tu nak buat....aku tak tau nak luahkan kat sape,,,sbb

biasanya rabiatul la tmpt luahan aku...kalau bukan dia, khainur arlina...sbb 2 org ni je

yg memahami aku seadanya...cuma rabiatul ni..dia dh dekat setahun lebih tak mesj aku

dah...payah la juga nak start ngan dia...khainur arlina pulak..susah nak ckp...nak tanya

kawan aku si anep..aku takot dia sendiri pun tak tau nak ckp pe...arghh..


so sekarg aku dalam dilema....cuma dengan coretan ni dpt meringankan beban dlm hati ni

dan mengabadikan nama2 yg bnyak merubah aku dlm blog ni....sekian terima kasih...

I LOVE PERAK STATE


back to top