Selamat Datang Dan Jemput Singgah
..Jangan Lupa Tinggalkan Komen :)...

...Julai 2025....
'Hai..saya disini
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik
.......
Sebarang artikel mahupun apa apa objek yang diposkan di dalam blog ini adalah hak milik penuh kyuru-story...namun begitu sebarang artikel dari luar yang di kongsikan dalam blog ini adalah hak milik kepada 'link' kredit yang kyuru-story letakkan pada artikel tersebut....

Halaman

どうもありがとうございました、またお越しください。 =(^_^)=

Selasa, 12 Oktober 2010

Tepi Tasik Ini[first version]*updated 12 okt 2010*


di tepi tasik ini kita bertemu,
kali pertama kau duduk berseorangan,
dan ketika itu aku bersama temanku,
aku menyapamu seperti ku kenal akan dirimu,

saat itu wajahmu menunduk ke tanah,
tidak ku tahu apa yang kau fikirkan,
melihat airmatamu tumpah keatas bajumu,
baru ku tahu kau didalam kesedihan,

ku cuba menghulur bantuan,
namun kau hanya diam membisu,
ku masih memujuk dirimu,
cuba menghiburkan hati sedihmu,

kau cuba untuk menahan air mata,
kau cuba mengesat air mata,
akhirnya kau menoleh ke arah ku
aku cuba membiarkan kau bersedia,

saat itu kau mengenggam kuat tisu si tanganmu
seakan akan kau begitu berat bersuara,
kulihat airmata mu cuba untuk mengalir,
namun ku masih membiarkan kau bersedia,

baru ku tahu bahawa kau seorang yang cukup sabar,
kerana hari itu
genap 7 tahun kau menjadi yatim piatu,
selama itu kau masih mengenangkan gurau senda,

di saat itu aku menanggapmu sebagai adik,
sehingga kini genap 5 tahun kita bersama,
aku akan tetap membahagiakanmu,
sehingga akhir hayatku denganmu.




*segala nukilan penulis tiada kena mengena antara mana mana pihak,nukilan ini hanyalah karya penulis sahaja.
**Hak Milik Penuh simplylife.blogspot.com(KDA Project)
Blog Widget by LinkWithin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

back to top