walaupun tidak dapat ku sentuh,
dengan jeri jemariku
tapi dengan melihat aku sudah tahu
apa yang ak rasakan memang benar,
detik demi detik.
hari demi hari,
minggu demi minggu,
bulan demi bulan,
tahun demi tahun,
abad demi abad,
semuanya sama...hanya masa yang berlalu pergi..
kini ku sedar,
dulu dan kini semuanya berubah,
namun hanya satu yang sama,
manusia hnya mengejar harta,
semakin hari ekonomi semakin tersepit,
kini ku sedar,
dulu dan kini semuanya berubah,
namun hanya satu yang sama,
manusia tetap leka dengan dunia,
meninggalkan hidup abadi dibelakang mereka,
hanya satu yang tidak sama,
dulu muafakat itu bulat,
kesatuan itu diikat,
kesusilaan itu di jaga,
kesopanan di agungkan,
kesucian adalah mahkota,
kesederhanaan itu sempurna,
kini tidak ada lagi itu semua,
wang kertas bertabur di sini sana,
masa dikerah untuk digadaikan,
kerana emas itulah yang melekakan kita,
tentang orang yang tidak sebaik kita,
pernahkah kita berfikir,
walaupun hanya sesaat,
apakah yang kita ikuti?,
apakah yang kita lupai?
apakah yang kita sengaja?,
apakah yang kita abaikan?,
masa itu bukan emas,
masa itu bukan berlian,
masa itu hanyalah sekadar masa,
tidak pernah berpatah kembali,
setiap detik ia menuju kehadapan,
tidak pernah berhenti semasa kita hidup,
tua tetap akan tua,
kesalan itu tetap duka di masa hadapan,
masa adalah nikmat dari yang esa,
kerana melalui masa hidup kita dinilai,
kerana melalui masa ganjaran itu tiba,
masa tidak dapat dinilai dengan harta,
kerana masa adalah rahmat,
hayatilah nikmat itu selagi ada masa,
kesalkan sekarang sebelum masa itu tiba,
apabila ia tiba masa itu akan berhenti jua,
copyright under Arena&Hazz Project or Kyuru Kei Art@Network
sebarang copy paste tanpa merujuk sumber artikel ini adalah tidak sah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan