4Feb2011 SIMPLYLIFEISGOOD.BLOGSPOT.COM ADALAH ALAMAT LAMA UNTUK BLOG MYLS4U.BLOGSPOT.COM..
..HARAP MAKLUM...

...29 Oct 2015....
'Hai..saya disini
No Title for now
No Title
Sebarang artikel mahupun apa apa objek yang diposkan di dalam blog ini adalah hak milik penuh Myls4u...namun begitu sebarang artikel dari luar yang di kongsikan dalam blog ini adalah hak milik kepada 'link' kredit yang myls4u letakkan pada artikel tersebut....


Halaman

PitaPata Cat tickers
Doumo arigato gozaimasu,mata kite kudasai...=(^_^)=

Jumaat, 30 Oktober 2015

#BFF....



Assalam…malam ni nak cerita lak tentang kawan atau yg pernh jdi kawan sementara yg aku ada..tak kira lelaki atau perempuan..namun kehadiran dorg ni bnyak mengajar aku erti kematangan..hehe..

Kawan aku yang pertama..nama dia hanif..dia ni kawan sejak sekolah lg..sampai la sekarg kitorg masih kawan….dok melepak malam kat mamak sambil layan Whyphy Pree…dia ni ngan aku bnyak meluangkan  masa pada hobi yg sama..iaitu main game..haha..COC ngan Dota…itu je la…kadang2 dekat rm10 sehari habis kat CC….aku ngan dia ni sama sama baru dpt lessen keta bulan ni..ok..so perwatakan dia ni..dia ni jenis suka sembang pasal gadget..dr zaman symbian..sampailah zaman android…mmg yg latest dia dpt tau dulu…seorg yg pendiam….cuma dia ni kekok bila berdepan ngan perempuan..aku ingt lagi masa kita org kerja sama2 kat bandar u seri iskandar….ada sorg awek cun sbelah ni minat kat dia…tp ntah camne dia tak mau layan pulak…hehe.. kitorg mmg dah lama  berkawan…eksiden kat giant dlu pun sama2 haha…aku patah gigi..dia lak tulang rahang muka lari sikit..tp tak Nampak pun..Cuma kalau dia tunjuk baru perasan…masa zaman sekolah…selalu la ke kedai auntie ayer tawar main house of death…counter strike ngan serious sam….

Yg kedua nama dia Kamil….kenal masa kerja catering..aku keje catering ni sambilan..sbb masa ni tgh sekolah….dia ni masa tu ramai giler awek2 dok mintak nombor..sbb muka dia sejibik macam ariel peterpan….aku sendiri pun tak dapat nak bezakan antara dia ngan ariel peterpan mana satu yg original..haha..lawa2 pulak awek yg nak nombor dia..so dia ni la idola aku pada masa tu..sbb pandai ngayat awek…dahsyat..kalau korg berada di tmpat aku..mmg korg akan tergamam la…skrg aku tak tau la..sbb lepas kes skandal ariel peterpan tu…mgkn lebih ramai awek yg focus pada si kamil ni..sebab dia takde skandel2 mcm tu haha…apa da aku ni….aku rasa kalau dia daftr jd new singer utk kmpulan peterpan pun boleh..dia menyanyi pun ok gak…dia ni org pendiat,parit…

Kawan yg ketiga…aku tak ingat..tpi aku panggil dorg kembar..sorg aku pggl kembar beso (abang) dan kembar kecik (adik)…dua2 ni pun aku kenal masa catering juga…..si adik agak nakal..si abang baik je..tp dua2 ni selalu kena buli ngan aku dlu..hehe…sekrg ni ada la terjumpa gak…si adik dah kawen..si abang belum..sbb abang dia nak jaga mak dia dulu..dorg ni anak yatim…muda dri aku lagi dua2 ni..sorg sebaya adik aku yg no 2…
 

Yang keempat…siti akma..aku panggil kema je..dia ni aku suka kawan ngan dia..dan dia pun antara rakan perempuan yg agak rapat dengan aku..aku ada gak rasa nyesal tak attend wedding dia..sbb masa tu aku sibuk…dia kawen ngan org lain bukan ngan bf dia masa kat kolej…lupa nak gtau..aku kenal dia kat kolej…dia ni merangkap adik angkat aku juga..Cuma tak ingat nak mention nama dia dlm pos lepas…aku ingat lg..pakwe dia masa tu cemburu giler aku kawan ngan dia..dia ni juga adik angkat pada kawan aku si awan…nnt aku cerita ttg awan ni kat bawah….kema ni perangai dia mcm budak2 gitu..sbb tu dia jd adik angkat aku..Cuma kadang2 dia suka gak buat aku terkejut..tetiba je jerit…suka beno dia ngaco mcm tu…tp mmg best kawan ngan dia ni..antara kawan perempuan yg aku paling suka kawan….

Yang kelima..nama dia azzuan…gelaran wan..tp dia suka dengan nix awan..so aku pggil dia awan je la…dia ni first friend aku masa kat kolej..masa orientasi pun duduk satu kmpulan yang sama….ingt lagi masa kitorg dibagi tugasa untuk reka satu logo and terangkan makna logo tersebut…haha…kitorg buat logo sauh….mmg agak kelakar la kitorg nk tergkan maksud dia…aku tak ingt dah apa yg kitorg terangkan..tp mmg bg aku masa tu lawak la..mcm takde kena mengena lngsung ngan logo tu….Cuma masa ni kitorg rumah asing..sbb masa intake tu warden pakai sumbat2 je ke bilik2 kosong….so masa sem berikutnya..kitorg dpt satu rumah yg kosong..so kitorang pindah la duk serumah..kolej kitorang 1 rumah ada 3 bilik…2 bilik 4 org..1 bilik dua org…dia ni suka smbng pasal fesyen..yes…suka sgt berfesyen2….kata org kg melaram….dia suka melaram depan cermin..dan juga suka amek foto..sekarg org sebut selfie..dulu org pggil gambar syok sendiri..hahaa…jgn mara ye awan..kalau nak bersembang ngan dia ni…mmg takkan habis punya…

Yang keenam..nama dia zuhri..aku pggil dia andre…dia ni asal Indonesia…dia ni agak penyenyap juga orgnya..tp kalau kena topic perbualan..boleh jadi rancak…dia suka layan movie jepun..drama jepun…boleh dikatakan sejak dia beli laptop…mmg tak lekang la…dia ni suka sangt nak jadi model…kadang2 dia ni ngan awan ada je bnda nak buat….Cuma yg aku kesalkan..di akhir semester dorg  berdua ada krisis…tak perlu aku ceritakan…dorg berdua nak rahsiakan pada aku..tp aku tau gak akhirnya..hahaha..Cuma aku buat pura2 tak tau la depan dorg berdua..tu je yg aku kesal..sbb dorg ni bestfriend kot…

Yang ketujuh…
Hakim firdaus…kitorang panggil dia sean(shaun)…antara budak2 dalam rumah..dia ni lebih rapat ngan aku….dia ni rakan yg selalu dengar masalah aku..dan aku juga jd rakan yg selalu mendengar masalah dia…haha…dia ni aku panggil doctor cinta…sbb ayat dia..pergh…antara playboy yg berjaya pernah aku jumpa…Cuma dia ni budak rumah kitorg gelar mamat touching…sori sean…aku kena join majoriti…haha…papepun dia ni antara kawan yg aku rapat di kolej…kalau ada masalah aku ngan azni..dia ni bnyak bg pandangan….

Yang kelapan
Nama dia airudin..aku panggil dia megat….aku Tanya dia kenapa jauh sngat panggilan tu..dr airudin kepada megat..dia kata sbb masa tu dia pakai baju ada tulisan megat terawis…hehe…melekat sampai habis kolej..dia ni org manjung….kadang2 aku balik naik bas ekspress ngan dia je la…dia ni aku selalu usik….biasa yg aku usik..”megat..kirim salam kat kakak hang ye”…sbb dia ada sorg kakak….tu pun aku tau sbb dia taruk wallpaper kat laptop dia gambar keluarga ramai2….dia ni bnyak belanja aku..dia la yg belikan tv utk rumah kitorg..dan pos motor dia dr perak ke perlis…utk memudahkan dia ulang alik g pekan…..kadang2 kitorg pinjam gak moto dia…dia ni tak lokek…Cuma kadang kala sampai budak2 asrama lain pinjam pun dia bg….Cuma aku risau la..sbb yg pnjam tu kadang2 org yg kita tak kenal..so aku suruh dia guna nama aku supaya org luar tak pinjam..gtau yg aku nak guna bawak azni g kangar,,or apa2 lah yg logic…dia ada belikan kamera kat aku..sayangnya kamera ni tertinggal dlm keta sewa..masa nak angkut barang aku balik perak….lebuh le …dia ni sama mcm anep..kekok ngan perempuan…aku pernah buat blind date antara dia ngan budak junior…nama budak tu tia..mata coklat woo…tp sbb dia tak mau layan..melepas la kat org lain..kerja gila ni dirancang oleh aku ngan azni…skrg ni dia ada buat bisnes cetak design kat mug..so kalau korg minat..gtau je kat aku..nnt aku bg no dia…

Yang kesembilan
Nama dia jazli….aku panggil lee…tp ramai yg pggil kak piah..aku pun tak tau mana datangnya gelaran tu..lupa nak Tanya….dia ni peminat tegar anime jepun…aku kenal bleach dgn dia la…mcm2 anime dia ada..pastu peminat tegar kamen rider…aku minat kamen rider pun sbb dia gak la..masa tu kamen rider decade…dia ni hujung minggu overnight kat cc..so payah nak jumpa dia malam minggu…suka menyendiri dlm bilik….demam game online pun dia gak yg bawak…masa tu game cabal tgh top..satu rumah main cabal…kecuali sean…kadang2 kitorang setup hotspot utk main CS….habis demam satu asrama main CS..lawan antara rumah ngan rumah…haha…sampai kadang2 aku ponteng g kuliah sbb tido lmbt….dia ni baik orgnya….nampak mcm sombong tp sbnrnya tak..Cuma dia tak pandai nak start perbualan..dia mahir bahasa jepun…jgn le berani lawan dia bab bahasa jepun sbb dia pro..hehe..rasanya dia ni kot yg dah smpai jepun..btulkan aku kalau silap ye kawan…

Yang kesepuluh…zaihafiz..aku panggil dia chip..dia ni asalnya aku ingt lebih tua dr aku..rupanya sebaya…dia ni mmg smpoi..suka menolong..dan bnyak rahsia antara housemate yang aku tak patut tau pun bocor..tu pun jenuh gak aku pujuk..hahaha…dia ni mcm aku..minat datng dr pengaruh rakan2 serumah….dia ni suka dengar lagu2 jiwang..lagu yg tak pernah dengar pun dia ada…sekarg dah kawen…haram aku tak tau dia kawen…sampai hati hg chip…hehe…dia ni pun pernah sampai jepun…betulakn aku kalau salah ye kawan…dia ni pendiam tp..sporting gila2 la…pernah g rumah opah dia kat kedah..lpastu aku selau usik dia…”chip…bg aku kawen ngan anak buah hang..aku jatuh cinta ngan sambal belacan dia la”..mmg sedap anak buah dia buat sambal belacan..sampai menjilat jari….

Yang kesebelas…
Nama dia zikry…aku paggil dia zik…ada yg panggil ah chong…hehe..dia ni keturunan yg tak boleh apa ntah..sbb dia ada org johor…tak ingt apa bnda nye…dia ni kalau balik kg..dtg asrama mesti ada bawak tempe goring sambal…sedap gak…first time aku makan tempe mcm tu..biasa siap buat gulai makan ngan nasi..ni boleh makan mcm snek je…dia ni tokan gudang garam yg terbesar dalam asrama..haha…dia ni asalnye tak merokok..tp disebabkan pengaruh rakan2 rumah lama…dia jd perokok tegar..kuat giler merokok….pastu akhir2 sem dia berenti merokok..tu pun lepas ada janji apa ntah ngan awan..dia ni pernah kapel ngan ain..tp mcm chipsmore la..kejap ok kejap tak…dah mcm drama smbilu pulak dah…masa aku praktikal kat PoliJB dulu ada la dia dtg mlawat aku ngan awan kat rumah sewa …dia ni payah nak predict…sbb kadang2 ok..kadang2 tak ok…aku pun pelik gak masa mula2 tu..tp lama2 biasa dah….

Yang kedua belas…
Nama nurin..pnggilan ain…dia ni mulanya aku anggap sombong..dan dia pun anggap aku sombong pada mulanya…tp dia ni antara yg rapat ngan aku kat kolej..dia ni rajin..kadang2…kuliah yg aku miss…aku pnjam nota dia je utk ulangkaji..sbb lengkap dan detail..apa yg pensyarah tergkan kat dlm kuliah..semua dia salin..dia ni antara kawan aku yg berjaya..sbb dia la yg sambung ke university…dia ni aku pernah ajar main daun terup…haha…dia ni se praktikal ngan aku kat PoliJB…ptg2 bila takde kelas…kitorg main daun terup la dlm bilik prep…aku ni masa kat kolej…biasa jd rujukan untuk subjek math…sbb aku suka math..haha…selain dr math.. aku juga minat sains kejuruteraan….kalau kat sekolah dulu aku suka kimia..sbb kima ni best …aku tak minat elektronik..tp bidang tu pulak yg aku ambek..haha…ok..back to the story….ain ni kalau kena topic perbualan..mmg boleh berjela jea..tambah2 kalau ada fazli lg…

Yang ketiga belas..nama dia fazli..aku pnggil li..dia ni tua dr aku lg dlm 5 tahun mcm tu…so aku selalu dgr je la celoteh dia dah mcm org2 tua ….masa praktikal dlu..dia ni la tukang masak…gulai lemak cili padi dia antara yg sedap aku makan…Cuma terlalu pedas je..aku ingt mulut dia mmg dah mcm org2 tua la…haha..dia ni rajin…setiap hari..baju yg dipakainya..dia akan basuh pada sebelah malam..so aku tak pernah jumpa baju dia bersepah mcm baju aku..haha…dia lebih pentgkan jenama..sbb kata dia walaupun mahal..tp tahan lama…dia ada sehelai seluar jean levis ori(kat rumah dia ada lg..yg dia bawa g praktikal 1 je)..katanya seluar tu dah lama dia beli..tp still nampak mcm baru…mmg seorg yg berdisiplin…antara org yg bangun paling awal..tak kira la cuti ke time praktikal ke…mmg awal bngun…dia ni dah ada bisnes sendiri….bisnes ternak lembu….sambung belajar sbb ayah dia paksa…ayah dia nak dia cari pengalaman….merantau ke negeri org…mmg bagus budaknya…masa tu dia dah pun bertunang..sekarg aku tak tau la..mgkn dah berapa anak dia agaknya…dia ni takde fb..so mmg syg la sbb terus lost contact…

Yang ke empat belas…
Amirul..aku pggil miroi…dia ni kawn aku dan kawan anep dan juga kawan idham…dia ni sekolah takat form 3….so tak merasa la belajar sama2 smpai spm….dia ni kuat cucuk pinggang aku sbb suka tgk aku melatah..skrg ni aku cuba tahan supaya tak melatah lg..alhamdulillah..dh boleh tahan sikit nfsu nak melatah tu..tp perit gak la nk menahan tu..kdg2 terhambur keluar gak la latah tu..Cuma takde la selalu mcm sblm ni..dia ni kaki  ps..boleh dikatakan semua game ps dia dah main…dan juga penggemar  muvi dan drama barat….seorg kaki donlot tegar…

Yang kelima belas…
Nama idham…panggilan..idham juga..ade yg pggil mat deghih…dia ni lama gak tak jumpa lepas hbis sekolah dulu…first jumpa masa dia kat ipoh lepas aku habis praktikal kat poliJB..masa tu aku g rumah sewa anep…dorg duduk kat gunung rapat…mula aku kenal dota kat situ la..dorg ajak g cc dek com..area situ juga…dah kawen…dan dah jadi seorg bapa…

Yg ke enam belas
…sintara..aku kenal masa aku kerja kat kedai jual baju..dia ni kadang2 ada ajar aku sikit2 bahasa dorg..tp aku dah tak ingat dah..haha…mudah lupa..bnyak juga la budaya dorg yg aku tau…walaupun tak semua..tp aku tau la juga…dorg ni bnyak pantang2 larangnya…
Ada juga kawan2 aku yg dah meniggal…jd tak perlu la aku ceritakan…

Tu antara rakan2 housemate aku…ada juga aku kawan ngan budak2 rumah lain,,tp tak ingt pulak nama dorg….nnt aku cek balik kat fb..kot2 boleh ingt nix dorg balik…aku ni sejak xcident..ada perkara2 yg aku lupa…maafkan aku ye kawan2…sbb tu aku bnyak menulis dalm buku… bukan diari..aku tak de diari…hehe…tujuan aku tulis supaya aku tak lupa korg semua..notepad2 dlm pc aku ni bnyak sgt..sbb aku selalu menulis ttg apa yg aku ingat..mana tau kalau satu hari nnt aku terlupa…ada gak tempat2 yg aku boleh rujuk…

Jadi aku terpikir gak..kalau aku kawen nnt..aku ni tak ramai kawan..haha…mcm ne nak buat kenduri besaq2 ni…haha…k lah..aku ada lg kawan2 yg tak tersenarai dlm ni….kebnyakan kawan2 aku kat fb tu ramai yg aku kenal…mmg aku tak berapa suka sangat nak add org2 yg aku tak kenal masuk fb…so tu la sebabnya kena kawan2 kat fb aku sikit je..tak ramai…kadang2 ada yg add aku tak approve kalau aku tak kenal..so itu la sebb nye ye..

Blog Widget by LinkWithin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I LOVE PERAK STATE


back to top