hari ni rasanya takde coretan yang ak nak tulis kat sini...sebb aku nak tempek dari artikel dari blog lain yang ingin aku kongsikan di blog ini....harap semua mendapat pengajaran dari cter ni k....:)
[di copy paste 100% tanpa ak ubah apa apa isi kandungan artikel asal.]
[Beginning...]
Kisah Chef Yang Perasan Bagus
Ada sebuah hotel mewah sedang mencari seorang tukang masak yang berpengalaman dengan gaji USD5000. Pemilik kepada hotel bertaraf 7 bintang itu ialah seorang mat salleh bernama Robert. Setelah ditapis-tapis permohonan yang dipohon oleh pelbagai pemohon-pemohon yang terror, Robert hanya memilih 2 orang untuk menghadiri temuduga nya iaitu Shamsul dan Reza.
Reza, 32 tahun, adalah seorang yang mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang masakan. Malah dia juga adalah pelajar berkelulusan ijazah dalam bidang masakan. Tak cukup dengan tu, beliau gak pernah memengangi pertandingan masakan berpuluh-puluh kali.
Manakala Shamsul pula, adalah seorang lelaki lembut ala-ala Usop Wilcha dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seorang yang baru berumur 24 tahun dan graduan UiTM dalam bidang masakan. Pengalaman? Huh... Yillekkkkk....
Pada hari yang ditetapkan oleh Robert untuk menghadiri temuduga, datanglah mereka berdua ke hotel Robert. Shamsul dan Reza saling berpandangan antara satu sama lain, dalam hati mereka,
"Laaaaaaaaaaaaa??? 2 orang je ke yang temuduga?"
Reza dalam kepala hotak dia terfikir konfem kerja ini akan menjadi milik dia memandangkan dia mempunyai pengalaman yang banyak serta telah menjuarai banyak pertandingan masak. Aaaaaahhh apalah sangat dengan Shamsul tu... Lembut semacam je, then takde pengalaman plak tu......
Reza dipanggil masuk ke bilik Robert untuk ditemuduga.
Semasa ditemuduga, Reza menjawab segala pertanyaan yang diberikan dengan penuh konfiden. Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, ada satu soalan Robert tanya kepada Reza,
"Adakah awak bersolat?"
Reza berfikir sejenak...
Dalam situasi sebuah hotel mewah, pastinya keadaan sangat sibuk. Tambahan lagi pemilik hotel tersebut adalah Robert, seorang mat salleh. Sebagai seorang chef yang berdedikasi dan komited, kita tak boleh buang masa selalu. Kena selalu ada kat dapur untuk memantau keadaan di dapur. Lalu Reza menjawab,
"Saya jarang solat tuan. Saya lebih fokus kepada kerjaya saya. Bagi saya, kerjaya adalah yang paling utama,"
Selesai interview pertama bersama Reza, Robert kemudian memanggil Shamsul.
Seperti biasa soalan-soalan yang sama ditanya kepada Shamsul, dan soalan solat,
"Errrrrrrr.... you solat tak???" tanya Robert membahasakan diri I & YOU bila berkomunikasi dengan Shamsul.
"Eh of koz la I solat tuan!!!" jawab Shamsul sambil melentikkan tanggannya gaya Usop Wilca.
"You solat??? You tau tak ini hotel sangat busy di dapur? You nak korek hidung pun takde masa tau..."
"Sibuk macam mana sekalipun, solat wajib didirikan you.........................." jawab Shamsul.
Tamatlah sudah sesi interview Robert bersama Shamsul dan juga Reza. Selang beberapa minggu, dapatlah keputusan siapa yang dapat jawatan chef di hotel mewah si Robert tu... Nak tau siapa yang dapat? Shamsul...
Benganglah Reza kerana jawatan itu dapat kat Shamsul. Reza pelik, kenapa la Shamsul yang takde apa-apa pengalaman tu boleh dapat jawatan kat hotel Robert tu. Sedangkan dia ada pengalaman dan ilmu. Reza kemudian menuduh Robert tu GAY!!! Robert tu sebenarnya syok kat Shamsul dan Shamsul plak menggoda Robert ketika interview kerja tempoh hari...
Selang beberapa bulan, Reza tertemu dengan Robert di KL. Masih tak berpuas hati kenapa dirinya tidak dipilih sebagai chef di hotel Robert, dia pun bertanya kepada Robert,
"Ooooooooooooooooooooo.... awak yang datang temuduga tempoh hari ye??? Robert cuba recall..
"Ye saya.... Reza... Encik Robert, saya masih tertanya-tanya sampai sekarang, kenapa saya tidak dipilih untuk bekerja di hotel awak???"
"Hmmm... sebenarnya awak layak dari segi skop yang saya mahukan.. Tapi satu saja sebab utama kenapa saya tolak awak bulat-bulat daripada bekerja di hotel saya... Awak tidak bersolat..."
"Itu kan hak peribadi saya, awak tak boleh masuk campurkan hal peribadi dengan hal kerjaya!!!" tengking Reza.
"Hal peribadi awak pebendanyaaa!!!! Saya tak hidangkan customer saya dengan makanan yang disediakan oleh orang yang lebih hina daripada najis anjing!!!" balas Robert kepada Reza lalu blah dari situ.
Tahukah korang orang yang tidak menunaikan solat itu lebih hina daripada najis anjing??? Ni diceritakan dalam sejarah nabi Musa a.s
Ada seorang lelaki yang bernazar akan meminum air kencing anjing hitam sekiranya isterinya mengandung. Lelaki itu bernazar kerana setelah bertahun-tahun kahwin belum lagi dikurniakan anak. Dengan izin Allah, isterinya mengandung lalu mengelupur laaaaaa lelaki tadi yang terbayangkan dia akan minum najis anjing. Lalu dia bertanya kepada Nabi Musa kot-kot ada tak alternative lain bagi menggantikan nazarnya tu?
Pada zaman nabi Musa, belum ada lagi hukum denda kifarah untuk nazar. Pada zaman tu, apa yang dinazarkan hendaklah ditunaikan. Sebab time nabi Musa, Islam belum ada lagi.
Kemudian nabi Musa memesan kepada lelaki itu, kalau hendak menggantikan meminum air kencing anjing hitam bagi menunaikan nazar, gantikannya dengan meminum air bumbung rumah dari rumah orang yang tidak menunaikan solat.
Haaa... kat sini kita boleh tengok betapa hinanya golongan yang tidak menunaikan solat. Sampaikan air yang jatuh dari bumbungnya pun lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Ni belum lagi air tangan diorang. Kita suka makan air tangan dari ibu kita, dari isteri kita.. Tapi bayangkan kalau mereka-mereka ini tidak bersolat? Apa gambaran yang korang nampak apabila makan makanan yang disediakan oleh diorang tu?
Selain dari tu, kita plak hari-hari makan kat kedai mamak, fast food... Apakah korang yakin pekerja-pekerja dekat restoran tu menunaikan solat? Kalau mereka solat bagus laa.. Kalau tak solat? Apa yang mereka hidangkan kepada kita? Sebab tu la, hati kita gelap. Sebab tu kita liat nak buat kerja-kerja baik. Sebab tu juga la kita lebih senang ikut hawa nafsu.
[end the story]
[end the story]
artikel ini adalah terbitan daripada blog CintaNasiLemak dan semoga anda ceria selalu di bulan Ramadhan ini....
Yang Tulus dan Ikhlas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan