pada pagi yang mulia ini...insyaallah aku akan buat sedikit tutorial yang forumer carigold boleh gunakan sekiranya ingin meletakkan gambar di dalam thread korang...sebab apa yang aku tgk...ramai forumer2 newbie yang tak tahu melakukannya[betul ke?]....bukan apa....aku pon tak larat gak la nak baca komen dari forumer2 lain yang mungkin sengaja atau tak sengaja telah 'memberontak'kan diri disebabkan kekecewaan yang teramat sgt..apabila gambar yang sepatutnya 'keluar' tapi tak juga 'keluar'2 walaupun page dah habis loading...
so aku akan buat beberapa screenshot bagi memudahkan forumer2 baru tahu cara nak letak coding gambar di Carigold.....
step pertama yang korang perlukan ialah
1.akaun forum carigold
2.coding
3.url gambar
step kedua..log in ke forum carigold anda menggunakan ID yang anda telah daftar...
contoh:
step ketiga..cuba cari url gambar yang korg nak letak/share tu..sebagai contoh aku ambil gambar dari FB..pastikan gambar tu korang tak private kan..kalau tak..tak guna korang guna url tu....salah satu contoh gambar yang ade kat fanpage CG.
dan kita pilih salah satu gambar di dalam folder 'Baju & Baju Couple'
sebagai contoh kita ambil yg ni...
namun kita masih belum mempunyai url bagi gambar ini untuk di copy...
so sila ikut step dibawah
1.
klik kanan pada gambar yang dipilih..kemudian klik pada 'open in new tab' @ klik pada butang scroll pada tetikus.Paparan di bawah akan keluar pada tab browser korang...
namun...pada ketika ini..ramai juga yang masih melakukan kesilapan....ada segelintir yang terus copy url tersebut...sebenarnya ada lagi step yang perlu dibuat agar kita dapat 'plain' URL gambar yang kita nak.....nak tau macam mana?jom tgk gambar di bawah
pada paparan diatas...korang boleh agak apa yang aku cuba tunjukkan....pada gambar yang kita nk pilih tu nnt....kita kena klik kanan pada tetikus dan select 'view image'....dan paparan akan jadi seperti ini[tgk bawah]..
ok..paparan imej yang kita nak akan jadi seperti dia tas..dimana hanya gambar yang kita inginkan saja yang terpapar di dalam browser..sekiranya ada imej atau tulisan lain yang terpapar...itu bermakna anda kena lihat balik step2 di atas...
sterusnya anda boleh copy url tersebut....
kod yang anda dapt dari image di atas adalah seperti di dalam kotak di bawah ni..
Sila kembali ke forum CG....dan pilih section yang berkenaan....sekira korg nak berniaga dan nak letak gambar..sila pergi ke section 'perniagaan'....sekiranya korang nak letak gambar lawak sila ke section 'lawak'..ingat!!!jadilah forumer berhemah..kerana ia menunjukkan keperibadian anda....:)..[ak pon kengkadang ade gak wat org panas dalam forum..maaf ye...]
sebagai contoh[ingat aku bagi contoh....tak semestinya korang buat sebijik ngan yang aku akan buat ni...ini cuma tutorial dan aku ingin membuktikan pada korang yang hasilnya bagaimana...
secara mudahnya jika korang nak open thread sila klik pada new thread di section yang berkenaan..kalau nak pos gambar di ruangan komen pun dipersilakan..janji gambar tersbut bukan gambar terlarang...
jadi....aku sengaja memilih untuk menggunakan thread yang ada dan mencuba di ruangan komen di dalam tu...[ingat!!!sekdar contoh shj].....
tanpa membuang masa sila ke Forum Carigold..
dan pilih la seperti mana yang aku bagtau tadi 'new thread' or pos komen
aku pilih bahagian pos komen...kalau nak guna lebih bnyak fungsi komen..sila pilih 'Go Advance' di bawah kotak komen...
pada ruangan komen tu... sila letakkan code di dalam kotak di bawah...
sila gantikan 'url anda' ke url yang kita dapat tadi...
jadi code terakhir anda akan jadi seperti ini..
copy kod diatas dan paste di dalam kotak komen di forum Carigold.
setelah anda paste kod diatas..sila tekan butang 'preview post'.....
ok..cuba lihat hasilnya.....hehehe..aku tak nak pos kat sini sebab aku rasa korg patut dapat hasil yang sama denga apa yang aku dapat....
selepas ni kita akan belajar bagaimana nak letak gambar dari photobucket ke forum menggunakan kod 'pengecil'[Klik Disini]..maksudnya gambar tu nnt tak la besar gedabak macm yang baru kita buat jap tadi.....
p/s:sila pastikan setiap kali korang post sila semak menggunakan 'preview post'...tujuannya untuk memastikan kita dapat mengurangkan kesilapan dakam penulisan mhupun penggunaan koding...maknanya kalau kat pereview post tak kuar gambar yang korang nak..maknanya ada kesilpan berlaku...dan kebiasaaan kesilapan yang aku nampak ialah url yang diletakkan invalid...so pastikan korang betul2 dapat 'plain URL' gambar tersebut terlebih dahulu...
Yang Tulus dan Ikhlas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan