Selamat Datang Dan Jemput Singgah
..Jangan Lupa Tinggalkan Komen :)...

...Julai 2025....
'Hai..saya disini
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik
.......
Sebarang artikel mahupun apa apa objek yang diposkan di dalam blog ini adalah hak milik penuh kyuru-story...namun begitu sebarang artikel dari luar yang di kongsikan dalam blog ini adalah hak milik kepada 'link' kredit yang kyuru-story letakkan pada artikel tersebut....

Halaman

どうもありがとうございました、またお越しください。 =(^_^)=

Jumaat, 18 Julai 2025

Aku Hanyalah Kasut

Aku hanyalah sepasang kasut yang baru dan berkilat. Nama aku Hitam kerana warnaku,aku adalah hadiah daripada ayah Amir kepada Amir, tuan aku masih kecil namun dia penuh bersemangat. Saat pertama kali keluar dari kotak, aku sangat bangga kerana semua mata tertumpu pada kilauan badanku. Amir memakaiku dengan bangga ke sekolah, dia berjalan dengan penuh keyakinan bersama kawan-kawannya.

Namun, aku mula rasa lain bila melihat wajah Amir yang sedikit berkerut. Sebenarnya aku agak sempit untuk kaki Amir, dan setiap langkah akan menyakitkan kaki amir. Aku tahu Amir menyayangiku kerana aku mahal dan cantik, tapi aku dapat rasa betapa rindunya dia terhadap kasut lamanya yang sudah lama menemaninya sebelum aku datang.

Pada suatu pagi, semasa Amir dalam perjalanan ke sekolah, aku terlihat seorang budak lelaki memakai kasut yang sangat lusuh dan sudah berlubang di beberapa tempat. Aku kasihan melihat kasut itu kerana aku tahu betapa sukarnya hidup sebagai kasut lama yang telah banyak berjasa.

Setelah hari itu, aku mula berfikir tentang makna menjadi kasut. Aku sedar, menjadi kasut bukan sekadar untuk kelihatan cantik di kaki, tetapi untuk melindungi, menemani, dan memberi keselesaan kepada si pemakai. Aku jadi ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya.adakah aku akan berjaya menjadi kasut kesayangan Amir seperti kasut lamanya?

Namun pada suatu malam, Amir mengambil kasut lamanya, membersihkannya perlahan-lahan, dan akhirnya membuat keputusan untuk membantu budak lelaki itu dengan menghadiahkan kasut lamanya yang masih boleh dipakai. Aku merasa bangga walaupun aku mungkin tidak menjadi kasut paling selesa.Amir telah mengubah cara aku melihat dunia.Aku berharap aku akan berjasa kepada amir sehingga aku pula digelar sebagai kasut lusuh.

Blog Widget by LinkWithin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

back to top