Selamat Datang Dan Jemput Singgah
..Jangan Lupa Tinggalkan Komen :)...

...Julai 2025....
'Hai..saya disini
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik
.......
Sebarang artikel mahupun apa apa objek yang diposkan di dalam blog ini adalah hak milik penuh kyuru-story...namun begitu sebarang artikel dari luar yang di kongsikan dalam blog ini adalah hak milik kepada 'link' kredit yang kyuru-story letakkan pada artikel tersebut....

Halaman

どうもありがとうございました、またお越しください。 =(^_^)=

Jumaat, 18 Julai 2025

Hikayat Misa Melayu (Part 1)

Sebelum kita mulakan,teks asal berasal dari bahasa melayu klasik.saya dah terjemahkan penulisan teks ini kedalam bahasa melayu moden.Sekiranya berlaku kesilapan.Anda boleh rujuk teks asal dalam buku hikayat Misa Melayu.

RINGKASAN SEJARAH NEGERI PERAK
(sepanjang yang tercatat dalam buku ini)

Sejarah ringkas yang terkandung dalam buku ini telah disusun oleh pengarangnya, Raja Chulan, selepas mangkatnya Sultan Iskandar Shah (Marhum Kaharu'llah) yang memerintah Perak (1756—1770).

Salasilah raja-raja yang memerintah Perak hingga zaman Sultan Ala'ud-din Mansur Shah (1778—...) adalah seperti berikut:

1. Al-Marhum Jalilu'llah — tiada tarikh pemerintahan yang tercatat. Baginda mempunyai beberapa orang putera: yang sulung dikenali sebagai Marhum Besar dan adinda-adindanya dikenali sebagai Marhum Mangkat di Pulau Tiga.

2. Selepas mangkatnya Al-Marhum Jalilu'llah, baginda digantikan oleh Marhum Besar bergelar Sultan Mahmud Shah. Baginda memerintah selama 120 tahun tetapi dikatakan tidak mempunyai sebarang zuriat lelaki atau perempuan. Adinda baginda, Marhum Mangkat di Pulau Tiga, yang telah mangkat terlebih dahulu, baginda mempunyai anak-anak yang di antaranya ialah Raja Radin, Raja Inu, Raja Bisnu dan lain-lain lagi.

3. Setelah mangkat Marhum Besar (Sultan Mahmud Shah), baginda digantikan oleh anak saudaranya, Raja Radin, yang bergelar Sultan Ala'ud-din Riayat Shah.

4. Selepas mangkat Sultan Ala'ud-din Riayat Shah, baginda digantikan pula oleh adindanya Raja Inu, bergelar Sultan Mudzafar Shah. Pada zaman Sultan Mudzafar Shah inilah timbulnya huru-hara, negeri Perak terbahagi kepada dua — satu bahagian diperintah oleh Sultan Mudzaffar Shah (pusat pemerintahannya mula-mula di Berahman Indera, kemudian berpindah ke Kuala Kangsar). Satu bahagian lagi diperintah oleh adindanya, Raja Bisnu yang bergelar Sultan Muhammad Shah (pusat pemerintahannya di Pulau Tiga). Di antara dua tempat ini, ada kawasan bernama Pachat yang dijadikan sempadan di antara dua pemerintahan itu.

Sultan Mudzaffar Shah mempunyai seorang puteri bernama Raja Budak Rasul, manakala adindanya, Sultan Muhammad Shah mempunyai beberapa orang putera dan puteri, yang tertua bernama Raja Iskandar. Dengan kebijaksanaan Raja Iskandar-lah, maka negeri Perak yang telah terbahagi dua itu dapat bersatu kembali. Raja Muda (kemudiannya menjadi Sultan) ini terkenal sebagai seorang yang sangat bijaksana, adil, saksama, dan dikasihi oleh para pembesar serta rakyat, baik miskin mahupun kaya.

Setelah Sultan Mudzaffar Shah mangkat kira-kira dalam tahun 1756, Raja Muda iaitu Raja Iskandar yang disebut tadi menggantikan tempat baginda dengan gelaran Sultan Iskandar Dzul-Karnain. Baginda memerintah selama 14 tahun (1756—1770).

Setelah mangkat Sultan Iskandar, adinda bagindalah yang menggantikan tempatnya, bergelar Sultan Mahmud Shah. Baginda memerintah selama 8 tahun (1770—1778).

Setelah Sultan Mahmud Shah mangkat, adinda Raja Muda menggantikan tempat baginda dengan gelaran Sultan Ala’ud-din Mansur Shah Iskandar Muda, sampailah di situ sejarah ringkas negeri Perak yang diceritakan dalam buku Misa Melayu ini.

bersambung...


Blog Widget by LinkWithin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

back to top